Return to Website

SeMbAnG DeMi MaSa

Assalamu'alaikum kepada pengunjung budiman.Sukacita kiranya anda dapat berdiskusi isu dan masukkan topik untuk dibincangkan.webmaster

SeMbAnG DeMi MaSa
Start a New Topic 
Author
Comment
Re: Re: Martabat Wanita


Amalkan cara hidup islam




Golongan wanita digesa supaya sentiasa mengamalkan cara hidup Islam dalam melakukan sebarang aktiviti sama ada yang bersifat peribadi atau kemasyarakatan.




Golongan wanita hendaklah sentiasa mengutamakan tindakan selari dengan aspirasi agama Islam bagi membolehkan aktiviti yang mereka jalankan itu mendapat keredhoan Allah s.w.t.




Wanita dapat memainkan peranan yang baik dalam bidang kemasyarakatan dan berupaya menjaga keharmonian rumahtangganya,secara tidak langsung ia akan mewujudkan suasana yang aman dan bahagia dalam negara.




Kejayaaan yang diperolehi oleh kebanyakan lelaki adalah hasil tunjuk ajar dan sokongan daripada kaum wanita.Disebalik kejayaan seseorang lelaki dalam pelbagai bidang,pasti ada seorang wanita yang menjadi penggerak dan penyokong kuatnya.




Keislaman seseorang bukan hanya terletak pada kata-kata,sebaliknya ia perlu dibuktikan dengan perbuatan dan tingkah laku yang baik.




Wanita perlu menjaga tatasusila dan memelihara serta menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak baik bagi membolehkan mereka mendapat keredhoan yang besar daripada Allah s.w.t.




Untuk menjadi insan yang cemerlang,maka para ibu dan wanita tidak seharusnya menyempitkan pemahaman tentang Islam itu sendiri,tetapi hendaklah memastikan mereka berjuang dalam masyarakat untuk menegakkan keagungan Islam.




Ibu-ibu dan wanita diseru memainkan peranan yang penting dalam mengawal anak-anak mereka,agar tidak terjebak dalam kancah social yang semakin rumit.




izzulislam@mukmin.com



--- --- --- --- --- --- --- --- ---

Replying to:


Alhamdulillah,satu topik yang bagus untuk diperbincangkan.Sememang nya wanita islam sepatutnya berbangga dengan kedudukan mereka sekarang.Kalau dibandingkan sebelum kedatangan islam,wanita dianggap tidak lebih dari sebagai wanita yang hanya untuk memuaskan nafsu semata-mata.Dan pada zaman jahiliah sekiranya anak yang dilahirkan itu anak perempuan iainya dianggap sebagai satu musibah kepada si suami.Sehinggakan lahir sahaja anak perempuan tersebut ianya akan dikubur hidup2.Namun setelah islam datang,maka martabat wanita telah dipelihara.Sedarlah wanita semoga para muslimah akan menjadi pendorong kearah wanita yang solehah.Sebagai contoh Aisyah r.a.dan fatimah anak rasulullah s.a.w.


wassalam.

--- --- --- --- --- --- --- --- ---

Replying to:

Salam`


Sesungguhnya telah banyak penulisan tentang wanitatelah dilakukan. Al Qardawi menghuraikannya didalam"malamih almujtama'almuslim allazi nansyuduhu" dan juga "ummatuna baina qarnain" serta lain2nya.




Adapunwanita sebelum Islam kedudukannya amat berbeza sekali.Maka dengan kedatangan Islam, wanita menempati suatukedudukan yang sangat mulia sekali. Mereka adalahjuruda'wah, mereka juga adalah srikandi bahkan dizamanAr Rasul mereka turut membantu para sahabat merawatpara sahabat yang cedera dalam berbagai medanpeperangan. Mereka juga turut berkorban harta dan jiwaseperti Khadijah.




Cuba kita lihat dizaman Yunani sebagai contohnya.Bahkan dizaman Yunani dahulu wanita tidak langsungdihormati dan semua kemuliaan hanya pada kaum lelakisahaja. Didalam metologi Yunani terdapat wanita yangbernama "pandore" yang dianggap seorang wanita yangmenjadi sumber segala penderitaan dan kesengsaraan.Kepercayaan menyembah "aphrodite" iaitu tuhanperempuan yang melayani 3 tuhan lelaki. Padahal"aphrodite" sendiri adalah isteri dari tuhan khusus.Selain itu "aphrodite" juga melayani lelaki laindiluar "tuhan2" tersebut iaitu dari manusia biasasehingga melahirkan "ceupiede" iaitu "tuhan asmara" (Tuhfatul'aris wal 'arus)




saudaramu dijalan Allah


Sofian Alias