Return to Website

SeMbAnG DeMi MaSa

Assalamu'alaikum kepada pengunjung budiman.Sukacita kiranya anda dapat berdiskusi isu dan masukkan topik untuk dibincangkan.webmaster

SeMbAnG DeMi MaSa
Start a New Topic 
Author
Comment
Re: Re: Bincang Tentang Solat


A'kum


Berbicara tentang solat,saya ada seorang teman yang bertanya kepada saya.Saya tanya kepadanya,Soalan cepumas ke?


Tak nii ,saya musykil la,saya awak,adakah sah sembahyang seseorang itu,dalam waktu yang sama dia memakai cincin emas?


Saya tanya balik,nii lelaki ke pompuan?


Katanya lelaki...


oh...


Pada pendapat saya solat sah dari segi rukun.namun dalam masa yang sama dia juga melakukan dosa.


sebabnya:


Dalam rukun batal sembahyang tidak menyatakan memakai emas batal solat kita.




Kedua,orang lelaki haram memakai emas dan sutera.


komen saya pada dia,kita nii harus mengetahui rukun sembahyang,rukun batal sembahyang.


kalau sembahyang saja tanpa mengetahui rukun2 nya susah le...


dalam menghafal rukun naik haji....he...he..


wassalam




izzulislam

--- --- --- --- --- --- --- --- ---

Replying to:


Saya ingin berbicara mengenai solat.Kebanyakan orang islam sudah tidak lagi menitikberatkan soal solat.Ramai umat islam leka mengejar dunia semata.Atau mungkin kurangnya pengetahuan dalam agama.Walaupun azan kedengaran sayup-sayup berkumandang dari Mesjid yang berdekatan,namun tidak diendahkan.Sedih dan pilu kita dibuatnya.Pada satu ketika saya pernah mengajak saudara islam supaya sama-sama mengerjakan solat kerana dah masuk waktu.Apa katanya ,"Tidak apalah,saudara pergilah sendiri,saya qodha saja dirumah."Masyaallah.Kemudian pada suatu hari waktu saudara saya dalam keadaan lapang,kami duduk berbincang mengenai solat.Saya bertanya kepadanya mengapa tidak solat bersama-sama dengan saya hari tu?Kata nya tak mengapa,sebab ada Tuan Haji pernah memberitahunya bahwa kita boleh himpun qodha kita,kalau kita sibuk bekerja.Subhanallah,cetek betul pengetahuan Tuan Haji tersebut dalam agama islam dan dalam soal sembahyang!Sedangkan kita dituntut mengerjakan solat kalau sudah masuk waktu,tidak kira dimana sekalipun dan dalam situasi apa sekali pun,wajib kita kerjakannya.Kerana dia ni Haji,maka orang yang dhaif ni pun percaya dengan kata-katanya.Saya terangkan kepadanya bahawa menurut fiqh,solat mesti jalan juga.Kecuali dengan beberapa sebab.Walaupun sakit sekalipun,solat kena kerjakan juga.Tapi islam tidak menyusahkan penganutnya.Cara solat sakitpun ada beberapa cara.Alhamdulillah,saudara saya itu sedikit sebanyak dapat memahami permasalahan solat.Sejak dari itu,beliau tidak pernah lagi meninggalkan waktu solat.


Cuma yang sedihnya,tentang Tuan haji tadi yang dimaksudkan oleh saudara saya itu,sepatutnya memberikan penerangan yang betul.Bukan penerangan yang menyeleweng.Sama-samalah ambil iktibar.


Wassalam.


Wassalam

--- --- --- --- --- --- --- --- ---

Replying to:

Bincang mengenai solat.