Return to Website

SeMbAnG DeMi MaSa

Assalamu'alaikum kepada pengunjung budiman.Sukacita kiranya anda dapat berdiskusi isu dan masukkan topik untuk dibincangkan.webmaster

SeMbAnG DeMi MaSa
Start a New Topic 
Author
Comment
Berita Gempar,rogol,liwat dan bunuh

Assalamu'alaikum.Sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan berita kes rogol,liwat dan bunuh.Apa yang menyedihkan kebanyakan kes tersebut melibatkan orang islam dan remaja islam.Dan yang terbaru ,seperti yang disiarkan dalam mediamasa@TV3 semalam,remaja islam terlibat dengan kumpulan "BLACK METAL".Syarat untuk masuk menjadi kumpulan ini ialah diwajibkan memijak AL-QURAN dan MEMBAKARNYA!Masyaallah,na'uzubika...


Apa yang menyebabkan ini berlaku?Sedang Islam tidak menyuruh berbuat demikian.Berikut saya petik dari akhbar UTUSAN.




KES ROGOL ,LIWAT DAN BUNUH




Jenayah rogol dan bunuh ancam generasi muda


Jenayah rogol semakin dahsyat dan berleluasa, lebih teruk lagi mangsa diliwat dan dibunuh kejam tanpa perasaan belas kasihan. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Meor Chek Hussein Mahayuddin, 43 kes rogol dicatatkan di ibu negara sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.


Ia merupakan 34 peratus daripada 12,797 kes jenayah yang dicatatkan di seluruh Kuala Lumpur sejak Januari hingga Jun.


Apa yang lebih menakutkan sebahagian besar jenayah berat ini dilakukan oleh golongan remaja ke atas remaja lain termasuk kumpulan kanak-kanak perempuan.


Malangnya nasib kaum Hawa yang menjadi mangsa dan teraniaya oleh sikap buas dan kerakusan nafsu serakah perogol. Bukan sahaja meminggir dosa dan pahala tetapi menafikan hak dan maruah kaum wanita.


Cukupkah sekadar perempuan disuruh berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa, sedangkan lelaki bebas melakukan apa sahaja. Apakah pendidikan ibu bapa terhadap anak-anak kini perlu dikaji semula berdasarkan pengaruh persekitaran seperti Internet.


Wartawan Keluarga Noor Azmah Ibrahim menyoroti jenayah seks, punca dan cara menanganinya.




KES MANGSA ROGOL, LIWAT DAN BUNUH SEPANJANG TAHUN 2000 HINGGA 2001



SITI NADIRA BUDAH


Selepas pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001, mangsa yang baru berusia 5 tahun telah dibunuh dengan kejam dan dibenamkan ke dalam lumpur di sebuah kawasan paya.


Mangsa yang ditemui dalam keadaan separuh bogel ini dipercayai turut dicabul setelah didukung ke kawasan yang terletak kira-kira 500 meter dari Kampung Sebuga Besar, Sandakan sebelum dibunuh.


Berikutan kejadian ini, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikenali mangsa dan ahli keluarga telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.




NURUL HANIS KAMIL


Malang tidak berbau bagi pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub, Jasin, Melaka apabila basikalnya rosak semasa pulang dari sekolah pada 3 Julai 2001.


Mayat mangsa yang dijumpai di dalam semak kira-kira 150 meter dari rumahnya itu disahkan telah dirogol dan diliwat sebelum dibunuh.


Berdasarkan penyiasatan pihak polis, seorang remaja lelaki yang berusia 17 dari sekolah yang sama telah ditahan untuk siasatan lanjut.


Pelajar yang pernah menjalani pemulihan akhlak ini sedang di dalam proses untuk didakwa di mahkamah.




FARAH DEEBA RUSTAM


Pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Buyong Adil, Tapah, Perak ini tidak pulang-pulang ke rumah selepas keluar ke kedai bersama rakannya.


Mayatnya dijumpai pada 3 Februari 2001 dalam keadaan separuh bogel di dalam longkang besar dan disahkan dirogol dan diliwat sebelum dibunuh dengan kejam.


Walaupun pihak polis telah berjaya mengesan remaja yang disyaki melakukan perbuatan tersebut, namun sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dan dakwaan dibuat.




RAFAEZAH RAZALI


Pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Lurah Bilut ini hilang selepas pulang dari Kuala Lumpur bersama guru dan rakan-rakan pada 25 Februari 2001.


Mayatnya hanya dijumpai pada keesokan hari di dalam kebun getah yang terletak hanya 100 meter dari kedai kopi di Kampung Lebu, Bentong.


Dia dipercayai dirogol sebelum dicekik sehingga mati oleh seorang penganggur berusia 24 tahun.


Lelaki berkenaan telah pun didakwa di Mahkamah Majistret Bentong di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan mulai Mei lalu.




NORSHUHADA BURAK


Belum sempat menjejakkan kaki ke sekolah rendah, mayat kanak-kanak berusia 6 tahun ini ditemui di dalam tangki air di atas loteng rumah bandaran tiga tingkat di Selayang Baru, Gombak pada 21 Oktober 2000.


Mayat yang dalam keadaan separuh bogel dengan mulut disumbat dengan seluar dalamnya sendiri disahkan telah dirogol sebelum dihumban ke dalam tangki air.


Dengan bukti yang kukuh, seorang remaja lelaki berusia 12 tahun telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 16 Akta Mahkamah Juvana 1947 di Mahkamah Tinggi Shah Alam.


Murid yang sepatutnya berada di tahun enam serta dikenali oleh mangsa ini telah mengaku bersalah ke atas pertuduhan tersebut.




AUDREY MELISSA PATINNATHAN


Keadaan kecoh seketika apabila mayat pelajar tingkatan lima di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur dijumpai dekat sebuah pencawang elektrik berhampiran Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur pada 18 Mei 1999.


Mangsa disahkan dirogol dan diketuk dengan benda berat sebelum dijerut sehingga mati semasa dalam perjalanan ke sekolah.


Walau pelbagai usaha dilakukan, sehingga kini, perogol dan pembunuhnya masih bebas.




NOOR SUZAILY MUKHTAR


Seluruh negara gempar apabila mayat jurutera yang berusia 24 tahun ini dijumpai di pembahagi jalan dalam keadaan bogel di kawasan projek perumahan Taman Bukit Tinggi, Klang pada 7 Oktober 2000.


Noor Suzaily disahkan dirogol dan diliwat sebelum dibunuh semasa menaiki bas untuk melaporkan diri ke tempat kerja di Klang.


Berikutan itu, seorang pemandu bas, Hanafi Mat Hassan telah di tahan dan kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan merogol dan membunuh.




Renungkan dan bincangkan dan pendapat anda.




webmaster

Re: Berita Gempar,rogol,liwat dan bunuh

sesungguhnya jantan-jantan berkenaan adalah binatang dan setan.mereka tak fkr ape yang mereka buat akan menyusahkan orang lain.Mereka tak sepatutnya lahir kedunia ini.Sepatutunya bagi je hukuman yang berat iaitu sebelum bunuh pastikan mereka kulit mereka di siat-siat.lepas tu amik air panas siram kat kulit yang tersiat tadi.biar padan muka mereka .2 adalah pengajaran yang paling bagus.Lepas baru le leh bunuh mereka.